Tuesday 4 June 2013

JENIS-JENIS PENGAWETAN



PENGAWETAN MAKANAN

Faedah pengawetan makanan termasuklah: 



  1. Makanan yang diawet dapat disimpan dalam bekas yang lebih kecil.
  2. Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa daripada makanan segar.
  3. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dieksport.
  4. Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran.
  5. Makanan yang diawet boleh tahan lama.    





Cara Pelilinan


Dalam kaedah pelilinan, makanan disalut dengan lapisan nipis lilin. Pelilinan mengurangkan kehilangan air daripada makanan. Kaedah pelilinan dapat menambahkan hayat simpanan makanan. Tetapi, pelilinan boleh memudaratkan manusia kerana lilin sukar ditanggalkan daripada makanan.



Cara Pendidihan
Pendidihan ialah proses untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Semasa pendidihan, semua bakteria dan kulat dapat dimusnahkan. Makanan dapat tahan lebih lama jika bakteria dan kulat dibunuh.










Cara Pengasapan
Dalam kaedah pengasapan, makanan diawet dengan mengeringkannya di atas api. Haba daripada asap mengeringkan makanan tanpa memasak makanan itu. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengasapan ialah ikan, pisang dan daging.



Cara Pempasteuran


Dalam proses pempasteuran ini, makanan dipanaskan pada suhu tertentu selama beberapa saat dan disejukkan dengan serta-merta. Proses pempasteuran ini dapat mengekalkan keaslian rasa makanan.Makanan yang diawet dengan proses ini ialah susu, minuman dadih dan jus buah-buahan.



CARA PEMBUNGKUSAN VAKUM


Kaedah pembungkusan vakum mengekalkan makanan dalam keadaan tanpa udara. Makanan dimateri dalam bungkusan selepas udara disingkirkan. Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat tidak dapat membiak tanpa udara. Makanan yang dapat diawet dengan kaedah ini ialah kacang tanah, buah-buahan, ikan salai, biskut dan makanan jeruk.



















CARA PENGASINAN

GARAM DIGUNAKAN UNTUK MENGAWET MAKANAN SEPERTI IKAN, TELUR, BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN. 
TERDAPAT DUA CARA UNTUK MENGASINKAN MAKANAN:

  • Merendam makanan di dalam larutan garam yang pekat.
  • Menambah kuantiti garam yang banyak kepada makanan.
Garam menyingkirkan air dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.   


CARA PEMBOTOLAN DAN PENGETINAN KAEDAH PEMBOTOLAN DAN PENGETINAN MELIBATKAN PROSES MEMANASKAN MAKANAN UNTUK MEMBUNUH MIKROORGANISMA SEPERTI BAKTERIA DAN KULAT. MAKANAN YANG DIMASAK DAN DISIMPAN DALAM BOTOL, BEKAS ATAU TIN YANG KEDAP UDARA. PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN MEMBOLEHKAN MAKANAN DISIMPAN DALAM TEMPOH YANG LAMA SEHINGGA BEBERAPA TAHUN.




   CARA PENJERUKAN



PENJERUKAN IALAH KAEDAH MENGAWET MAKANAN DENGAN MERENDAM MAKANAN DI DALAM CUKA, LARUTAN GARAM PEKAT ATAULARUTAN GULA PEKAT. PENJERUKAN MENGURANGKAN KANDUNGAN AIR DALAM MAKANAN. MAKANAN YANG DIAWET DENGAN CARA PENJERUKAN AKAN BERUBAH WARNA, RASA DAN KURANG BERKHASIAT. CONTOH MAKANAN YANG DIAWET DENGAN CARA PENJERUKAN IALAH MANGGA, BETIK DAN CERI.

Cara Penyejukbekuan

Dalam kaedah penyejukbekuan, makanan dibekukan pada suhu yang sangat rendah. Mikroorganisma tidak dapat membiak pada suhu yang sangat rendah. Tetapi, mikroorganisma akan menjadi aktif semula apabila makanan dikeluarkan daripada peti sejuk. Oleh itu, makanan tersebut mestilah dimakan atau dimasak dengan segera sebelum makanan tersebut menjadi rosak. Sebagai contoh, makanan yang diawet dengan cara penyejukbekuan ialah ikan, ayam, udang, ketam, sotong dan sebagainya.



Cara Pendinginan

Makanan disimpan di tempat sejuk seperti di dalam peti sejuk. Pendinginan menyebabkan mikroorganisma menjadi tidak aktif dalam keadaan yang sejuk. Contoh makanan yang diawet dengan cara pendinginan ialah susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.


  


 Cara Pengeringan 


Air disingkirkan daripada makanan dengan cara menjemurnya di bawah matahari. Pengeringan dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat tumbuh tanpa air. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan ialah ikan bilis, cili, sotong dan udang. 





FAEDAH-FAEDAH PENGAWETAN MAKANAN


Tahan Lama



Pengawetan makanan merupakan satu proses untuk menjadikan makanan tahan lebih lama. Ia membantu melambatkan kerosakan makanan.
Senarai di bawah menunjukkan beberapa cara pengawetan makanan.
  1. Pengeringan
  2. Pendinginan
  3. Penyejukbekuan
  4. Penjerukan
  5. Pembotolan dan pengetinan
  6. Pengasinan
  7. Pembungkusan vakum
  8. Pempasteuran
  9. Pengasapan
  10. Pendidihan
  11. Pelilinan


Ciri-ciri makanan yang rosak


  1. Susu yang rosak
  • Mempunyai rasa yang masam
  • Berbau busuk
  • Berbuih

    2.  Roti yang rosak
  •  Berkulat
  • Berbau busuk
  • Berubah warna ( tompok hitam dan hijau )


3. Ikan yang rosak
  • Berbau busuk
  • Berubah tekstur ( isi lembik )
  • Berubah warna ( mata merah ) 
  
4.  Nasi yang rosak
  • Rasa yang tidak enak
  • Berlendir dan melekit
  • Berbau busuk

 

No comments:

Post a Comment