Tuesday, 25 June 2013
KECERIAAN BILIK SAINS
Keceriaan bilik Sains telah dijalankan dengan giatnya bermula tahun lepas. Namun begitu masih banyak lagi yang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Disini saya post sedikit gambar untuk tatapan semua. Penat tapi berbaloi bila melihat hasil. T. kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tak langsung
SEBELUM MEJA DIHIAS |
MEJA DAH BERUBAH |
MEJA DIHIASAI ALAS MEJA WARNA PINK DAN RENDA HIJAU |
MASIH LAGI KERUSI PLASTIK LAMA, MENUNGGU STOK BARU |
PINTU DITAMPAL DENGAN CARA PEMBIAKAN BIJI BENIH |
DINDING BERSUDUT TAHAP 1 KSSR |
EKSPERIMEN PeKA DIJALANKAN |
. DINDING BILIK SAINS
TAMAN SAINS
TAMAN ORKID
MINGGU PANITIA SAINS SK PETALING JAYA 2013
Minggu Panitia Sains telah diadakan pada minggu lepas iaitu 17 Jun -21 Jun 2013. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya Rekacipta Tahun 6, Carta Tahun 5, Model Tahun 4 dan Tahun 3, Tahun 2 dan Tahun 1.
Murid-murid menunjukkan minat yang sangat tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Namun begitu ada juga murid yang agak pasif dan memberi alasan lupa untuk bawa projek ke sekolah.
Disini saya kongsikan beberapa foto sepanjang aktiviti panitia dijalankan.....
REKACIPTA TAHUN 6
TAHUN 4 MODEL
TAHUN 5 CARTA
REKACIPTA TAHUN 6
TAHUN 5 CARTA
KLINIK UPSR SAINS
KLINIK UPSR SAINS/BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SKOR A
Panitia Sains SK Petaling Jaya telah mengadakan Klinik UPSR Sains pada 21/05/2013 Selasa dari jam 2.15 petang hingga 4.15 petang. Penceramah yang dijemput ialah En. Johari Bin Sahar dari SK SUBANG PERDANA. Beliau merupakan seorang ketua pemeriksa kertas UPSR Sains 018, beliau juga merupakan tutor Astro dan sangat berpengalaman dalam memberi ceramah teknik-teknik menjawab soalan Sains UPSR.
MURID-MURID MEMBERI FOKUS. |
BERSEMANGAT MEMBERI JAWAPAN APABILA DITANYA |
SENANG DIFAHAMI DAN KATA KUNCI YANG MUDAH |
PROGRAM MENTO-MENTI/PROTEGE SAINS
Program Mento-menti/protege dijalankan bagi murid Tahun 6. Program ini melibatkan kesemua murid Tahun 6. Murid-murid yang dilantik menjadi mentor terdiri daripada murid yang mendapat keputusan yang terbaik dalam PKSR. Menti pula terdiri daripada murid lemah dan sederhana.
Majlis Perlantikan Mento oleh Tn. Hj Zahri Bin Sadali Guru Besar SK Petaling Jaya
Majlis Perlantikan Mento oleh Tn. Hj Zahri Bin Sadali Guru Besar SK Petaling Jaya
BUKU CATATAN DAN ALAT TULIS YANG DIBERIKAN KEPADA MENTOR |
SETIAUSAHA PANITIA EN. SARAVANAN |
MAJLIS PERLANTIKAN MENTOR OLEH TN HJ ZAHRI GB SK PETALING JAYA |
MENANTI MENTOR...CEPAT....KELUAR.. |
AMMIR FATHULLAH 6 AMANAH |
FARIHIN JAAFAR 6 AMANAH |
MOHD FARHAN 6 AMANAH |
NUR AZIZI DAN NUR AFRINA 6 AMANAH |
Subscribe to:
Posts (Atom)